Checkout | Shopping Cart | Guestbook | Gallery | Forums | Site map | Login | RSS
Currencies
SLIMMING PRODUCT
Garcinia Cambogia




Nama Botani Garcinia Cambogia - Buah Asam Keping

Bahagian yang digunakan

Buah Asam Keping ialah sejenis spesis buah yang dipercayai berasal dari Indonesia. Buah kekuningan ini mempunyai bentuk seperti buah labu. Pada hari ini buah asam keping ditanam merata Asia Tenggara dan Afrika. Iklim lembap di kawasan-kawasan tersebut amat sesuai untuk tanaman buah asam keping.

Kegunaan Masa Kini

Kini, buah asam keping banyak digunakan untuk mengurangkan berat badan dan juga campuran pada minuman.

Kandungan Khasiat Buah Asam Keping

Acid Hidrozisiktrik Acid - HCA) : Menghadkan kumpulan asid-asid lemak dan kolestrol dalam badan. Kandungan uunsur aktif 50% dan 70% HCA.

Kajian klinikal

Kajian saintifik yang dilakukan oleh makmal-makmal perubatan menunjukan HCA mampu untuk membantu kaum wanita mengurangkan berat badan. Telah dilaporkan purata berat yang dapat dikurangkan ialah sebanyak satu paun seminggu. Setiap kes kecuali sartu menunjukan yang kekurangan berat badan lebih ketara HCA walaupun keputusan tidak menghasilkan ketentuan secara statistik.

Melalui eksperimen pada haiwan, HCA mampu merendahkan selera makan serta mengurangkan pembentukan lemak dan kolesterol pada hati. Disamping itu, HCA juga boleh bertindak mengeluarkan kolestrol yang telah terbentuk dari sistem saliran badan . Yang menarik lagi , HCA tidak menghapuskan sama sekali selera untuk makan. Sebaliknya ia hanya sekadar mengawal serta mengurangkan keinginan untuk makan di mana akhirnya, berat badan dapat dikurangkan denga lebih mudah.

Sudut Keselamatan

Kajian makmal juga telah membuktikan yang HCA tidak mempunyai kesan sampoingan kepada jantung. Namun dinasihatkan mereka yang sedang menjalani perubatan untuk mengawal tahap kolesterol untuk terlebih dahulu berjumap doktor sebelum menggunakan buah asam keping untuk mengurangkan berat badan. Tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu mengandung.

Peringatan untuk semua. sepanjang pengetahuan kami, segala laporan kajian tersiar adalah berdasarkan informasi benar. Galakkan dan pengesyoran dari pihak kami tidak harus dianggap sebagai jaminan mutlak. Sebaliknya, pihak pengguna patut melakukan penialaian sendiri dari aspek keserasian. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang masalah yang berbangkit akibat salah guna informasi yang telah disiarkan.

Kepercayaan Tradisi

Dalam perubatan tradisional India, buah asam keping digunakan utnuk mengubati penyakit seperti permasalahan terkumpulnya lendir pada organ atau bahagian badan, lambat datang haid, sembelit dan jangkitan kuman pada usus. Selain daripada mengubati penyakit, buah asam keping juga mampu bertindak sebagai penghalang daripada penyakit menular. Ini terbukti dalam kegunaagnnya menghalang berlakunya sakit sendi dan permasalahan usus yang kurnag lawas.
Product Search


 



 
Archive